Wednesday 11 July 2012

Xrantarox vs 9belas zine


INTERVIEW BERSAMA>>>>>>>9BELAS!
Ini dia satu lagi interview kaw kaw macam loji nuklear yang dikatakan selamat di Pahang nuh.Jom layan interview ni sebelum korang layan lagu .....Pm kita untuk semua lalalalala
Q1: Assalamualaikum dan salam 1 Punk Rock?
A1: Waalaikumussalam. Punk’s NOT Dead! Woohoo!
Q2: Kalian peminat Cinta Elyssa tak? Apa pendapat kalian tentang rancangan yang mengganggu cinta Elyssa iaitu...
A2: Ehh… honestly bro, gua mana tengok TV; jadi, Cinta Elyssa ke… Elyssa ke… tak tau apa jadi. dah cukup menyusahkan kami 9Belas orang dah. HAHA!(Teh tarik 1malaysia 1!-ed)
Q3: Gapo dio 9Belas Zine?
A3: Nama tu tak cukup jelas ke? Haha. 9Belas Zine ni… menurut info kitorang kat Facebook, ialah 19 orang penulis amatur yang nak menulis satu zine. Tak faham jugak, tak tahulah, kan?
Q4: Mana mula timbul idea zine NOKSS tu?Adalah ini semua sudah dirancang?
A4: Pada asalnya, ini sebenarnya projek kecik je; 6 orang yang mula konsepkan zine ni; dan dirangka sejak tahun 2009 lagi (menurut bekas penulis kami). Alih-alih, tiba-tiba semua 19 orang geng ni dapat tau pasal projek ni, dan rasa sayang kalau dibiarkan mati. Alang-alang tu, baik teruskan je projek awesome ni! Tang nama tu pulak, terjadi atas undian. Masing-masing come up dengan satu nama; nama mana yang paling banyak undi, nama tu yang terpilih. Entah siapalah yang cadang nama NOKSS tu. Tapi, melekat sampai sekarang.
Q5: Siapakah yang paling melecehkan dalam 9Belas?
A5: Soalan nuklear lu bagi ni. Hmm... sebenarnya, semuanya 19 orang penulis ni sama-sama melecehkan antara satu sama lain. Yelah kan, ingat senang nak kumpulkan 19 kepala lain-lain isi untuk duduk semeja? Selain daripada tu, editor jugak semestinya seorang yang sangat melecehkan. Tau bising je kami tak submit karya kami! Tapi... last-last, siap jugak. Itu yang seronok tu. :) (Kwang soo out!-ed)
Q6: Macam mana kalian boleh bersama-sama sebanyak 19 orang? Semua adik beradik ke?
A6: Kami classmates, yo! Mungkin adik-beradik, tapi lain mak bapak ah.
Q7: Hello hello dengar ke tak?
A7: Dah lu terpekik sebelah gua, gila ah tak dengar. :P
Q8: Apa sebenarnya perjuangan 9Belas? Adakah ingin menegakkan kebenaran-kebenaran atau menegakkan benang yang basah (Hahahaha aku serius ni!)?
A8:  Perjuangan? Kami rasa kami ni golongan penulis ni, lagi-lagi dekat tanah air tercinta ni, selalu dipandang remeh. Depe tak tau penulis kreatif ni idea dia macam haram hebat, jadi melalui zine ni, kami nak bagitau satu Malaysia, kami pun nak dihargai jugak. Harap-harapnya depe fahamlah. Oh, kami juga nak luahkan apa yang terbuku comel-comel, kemas-kemas dalam hati kami ni.

Q9: La penuh plak bateri phone aku ni.
A9: Habiskanlah bateri! Online ke, main game ke, apa ke. Hadoih... =.=””
Q10: So, macam mana plak dengan kandungan zine NOKSS? Adakah elemen (bukan nama band Indonesia) avant-garde yang ingin diterapkan?
A10: Mungkin. Tapi, tak adalah avant-garde sangat. Cuma idea-idea kami ni terlalu hebat untuk diletakkan dalam satu bentuk sastera yang... ‘normal’. Jadi, kami pun tulislah ikut suka kami; tentang alam sekeliling, isu semasa, mahupun pengalaman yang masing-masing dah alami.
Q11: Kalau kurang 19, adakah 9Belas masih ada?
A11: Salah seorang penulis kami ada cakap; “Once a monkey, always a monkey.” Kalau sorang terkeluar pun, kami MASIH 9Belas; sebabnya hodoh jadinya kalau jadi 8Belas. :3 (tukar jadi 888belas plak,baru ade ong-ed)
Q12: Beri beza antara fanzine dan magazine?
A12: Senang je ni; fanzine ialah publishing yang bergerak secara independent, magazine pulak mainstream. Apa yang mainstream tak boleh usik atas alasan ‘penapisan’, fanzine atau zine yang ambik port.
Q13: Selain zine, takde mende lain ke? Macam blog ke? Novel ke? Blah blah blah...
A13: Eh, mestilah ada! Silalah jenguk apa lagi yang kami ni suka tulis dan buat dekat sini ya?http://noksszero.blogspot.com
Q14: Boleh tak komen sikit tentang si tukang interview ni dengan sejujurnya (berat plak parang ni ye).
A14: Selain daripada ‘enthusiasm yang tinggi’ ketika menaip, rasanya lu memang sempoi ah bro! :D (terima kasih,nak choki choki ni-ed)
Q15: “Anak kucing main Lego, anak ayam main game”, sila sambung pantun ini.
Anak kucing main Lego,
Anak ayam main game;
Tolong-tolong jangan let go,
Kami semua tak mau kejar fame.
(pantun epik!-ed)
Q16: Sekejab nak gi jumpa orang sekejab.
A16: Boleh, boleh. Take your time.
Q17: Macam mana nak hubungi kalian?
A17: Simple! Ada Facebook atau Google+? Cari nama 9Belas Zine! Ada Twitter? Follow kami di @9BelasZine!(kite ade facebook,hari hari main the sim)
Q18: Pada pendapat anda tentang lagu Panik - Bunkface yang kena banned tu?
A18: Lagu tu kena ban? Tak tau cerita pun. Hmm, rasanya lagu pasal kemanusiaan dan kebenaran macam tu siapa nak dengar. Pasal tulah kena ban. Busuk!(ah haah-bunyi batuk ed)
Q19: Harapan 9Belas?
Q19: Harapan? Tak berpecah dan sentiasa dapat berkarya bersama demi pembaca kami, dan bina masa depan yang lebih cool.
Q20: Talk talk last (kata kata terakhir).
Q20: Sokonglah penulis-penulis muda, yaw! :D (saya mude lagi,Cuma belum baligh lagi-ed)
Q21: Boleh tuju lagu.
Q21: YMFT – Khottal. Untuk geng 9Belas tercinta dan para pembaca.

1 comment: