Thursday 12 July 2012


Selepas dapat tahu yang fixi akan lancarkan 2 buah novel baru(invasi dan Bisik) saya terus try menbuat sessi interview dengan dua orang penulis invasi dan bisik.Dan syukur kedua duanya saya dapat dan sekarang ialah sessi interview dengan penulis Bisik iaitu Syaihan Syafiq.Rasanya semua dah membaca bisik dan bagi aku novel itu memang terbaik!Dah dah jom layan interview ini.
1.            Cuba cerita sesikit tentang diri saudara?
Lahir kat Kota Bharu, Kelantan circa mid-80 dulu tapi dibesarkan kat Penang. Mendapat persekolahan awal pun kat Penang jugak. Sekarang ni tengah habiskan sisa-sisa tahun akhir seorang pelajar TESL dengan menjalani praktikal kat sebuah sekolah kat Durian Tunggal, Melaka.
Disebabkan oleh masalah kesihatan yang aku alami, aku tak boleh makan benda-benda pedas. Seorang yang ketagih kopi dan peminat kucing dan teater. Aku rasa minat aku pada teater mula bercambah sejak aku masuk UKM pada tahun 2008 kot. sepanjang aku kat uni banyak jugaklah produksi teater yang aku join walaupun kebanyakannya aku tak pernah berlakon pun. Aku lebih suka buat kerja-kerja belakang tabir. Mungkin sebab tak hensem kot sebab tu taknak berlakon. Hahaha…
2.            Cer citer sikit pembikinan Bisik dari mula sampai akhir (dari dpt idea hingga cover)
Idea dan konsep asal Bisik sebenarnya dah lama ada. Sekitar tahun 2008 aku mula conteng-conteng idea kat kertas. Aku tertarik dengan konsep perasaan syak dan konspirasi manusia terhadap orang yang tinggal sebumbung dengan dia. FYI, most of the locations yang ada dalam Bisik pun memang terinspirasi dari lokasi sebenar tempat aku suka lepak atau pergi. Rasanya warga UKM kalau baca Bisik mungkin boleh jebak kot kat mana lokasi-lokasi ni diambil.
Pasal watak-watak yang ada dalam Bisik pun sebenarnya terilham daripada orang-orang yang aku kenal secara peribadi. Honestly speaking, kalau adalah orang yang rapat dengan aku baca novel ni mesti dia akan dapat rasakan yang watak tu merupakan cerminan diri dia sendiri.
Aku mula consider untuk panjangkan nota-nota contengan yang aku simpan pada tahun 2008 dulu tu lepas aku jumpa Amir Muhammad pada KL Book Fest kat PWTC tahun lepas. Masa tu aku datang booth FIXI sebab nak grab its first three books iaitu Kougar, Cekik dan Pecah. Aku sembang-sembang dengan Amir dan dia dapat tahu yang sebelum-sebelum ni pun aku ada hantar karya kat dia (cerpen untuk antologi Body2Body dan Orang Macam Kita, tapi disebabkan ada kekangan tertentu cerpan aku tak terpilih). Tapi dia kata dia memang aware tentang kewujudan aku melalui cerpen aku tu walaupun dah kena reject. Bila aku cakap aku ada sedang berkira-kira untuk menulis, dia gesa untuk aku siapkan manuskrip dan cuba nasib untuk hantar ke Fixi.
Proses menulis Bisik tak lama, dalam lima ke enam minggu duduk menghadap laptop dua-tiga jam sehari dan draf pertama pun siap. Masa tu seluruh warga IPTA tengah cuti sem yang maha lama (mula Mei, abis September). Mula awal Mei 2011, pertengahan Jun beberapa hari sebelum birthday aku manuskrip Bisik dah siap ditaip. Sepanjang lima-enam minggu tu aku literally aku usahakan diri khatam tengok siri Grey’s Anatomy (sebab aku nak kaji sikit pasal medical terms yang aku guna dalam Bisik) dan siri francais filem Saw (for obvious reasons kot? hehehe…) Aku ada jugak ulang tengok cerita Fight Club, Kill Bill dan satu filem Jepun ni tajuknya Audition. Saja syok-syok. Aku juga ada ulang baca novel-novel Chuck Palahniuk, Stephen King dan Anne Rice sebab aku suka stail penceritaan diorang.
Aku rasa most of the scenes dalam Bisik terinspirasi daripada filem-filem yang aku tengok dan novel-novel yang aku baca kot. Siang hari aku banyak tengok movies dan baca novel, malam aku berjaga menaip dengan berbekalkan kopi dan keropok lemau.
Tentang cover depan yang ada gambar kucing tu… well, rasanya konsep untuk guna gambar kucing tu terbit masa aku jumpa Amir Muhammad briefly masa dia nak bagitahu yang dia berminat untuk terbitkan Bisik pada September 2011 lepas. Aku pun suka jugak konsep tu sebab memang ada satu babak dalam novel ni yang melibatkan kucing.

3.            Macam mana berminat nak deal dgn Fixi?
Aku dapat tahu yang Amir Muhammad tengah cari penulis untuk syarikat penerbitan baru dia yang bernama Fixi sekitar Mac. Masa tu aku ada terbaca retweet Khairul Nizam Bakeri pasal benda ni. Minat memang minat tapi tak berani sebab aku sendiri tak yakin aku boleh tulis 60K patah perkataan punya cerita.
Tapi macam aku cakap tadi, lepas jumpa Amir Muhammad kat booth Fixi pada April 2011, semangat aku untuk try to write a manuscript mula berkobar-kobar dan akhirnya penghujung Jun siap juga draf pertama Bisik. Masa tu judul tentatifnya Distorsi. Aku peram manuskrip tu sampailah ke September, aku masuk sem baru, barulah aku berani untuk emelkan manuskrip tu kepada Fixi. A couple of weeks later aku dapat call daripada Amir Muhammad. Dia cakap nak jumpa.
Alhamdulillah manuskrip aku diterima, jadi aku terus diberi deadline sampai November untuk siapkan draf kedua. Tajuknya juga dua-tiga kali berubah dan akhirnya aku tetapkan sebagai Bisik. Hehehe…
Kenapa Fixi? Mungkin sebab syarikat ni tak tetapkan syarat yang ketat dari segi stail dan laras bahasa kot. Lagi satu, mungkin jugak sebab Fixi ni berani terbitkan novel yang tersasar daripada genre tipikal kebanyakan novel Melayu yang berlambak kat luar sana.
4)Adakah anda berpuas hati dengan Bisik?
Terus-terang aku cakap benda paling susah dalam proses menulis Bisik adalah macam mana nak mendalami paranoia syak-wasangka seperti apa yang Mikael tu alami. Kadang-kadang dalam tengah aku menulis aku sendiri rasa macam dekat-dekat nak gila. Haha…
Lagi satu, ada banyak babak dalam novel ni yang entah berapa kali aku edit, terutama sekali part ending dia. Ada dua-tiga alternative ending yang aku sedang timbal. Last-last bila aku baca ulang-ulang aku puas hati tamatkan Bisik macam tu.
Secara keseluruhannya kalau ditanya adakah aku berpuas hati dengan Bisik, jawapan aku semestinya ya. Aku rasa menulis tesis akhir tahun aku pun tak sesusah siapkan manuskrip novel ni. =)
5)Ni debut pertama anda ke (Bisik)?
Secara teknikalnya manuskrip Bisik diterima Fixi untuk diterbitkan pada September 2011 manakala cerpen Secangkir Kopi Bersama Dia yang dimuatkan dalam Koleksi Cerpen KOPI terbitan Fixi diterima lewat November 2011. Jadinya ya, ini adalah debut saya dalam kancah penulisan secara komersial.
Harap-harap lepas ni adalah lagi penerbit lain atau Fixi sendiri nak terbitkan tulisan aku lagi. Hahaha…
6.            Apa maksud sebenar cover Bisik (gambor kucing)
Nak kena cerita jugak ke? Karang kalau cakap dah spoiler. Hahaha… well, apa yang aku boleh cakap kucing tu ada peranan dalam kisah silam Nazzman masa dia kecik-kecik dulu. Ha, cukuplah. Selebihnya korang kena dapatkan novel Bisik dan find out sendiri.
Rasanya lepas ni harap-harap tak adalah aktivis pencinta kucing yang dah baca Bisik akan hantar hate mail kat aku lepas discover apa yang budak-budak dalam Bisik tu dah buat kat kucing-kucing.
Ada orang cakap aku ni seorang yang sadistic tapi sebenarnya untuk pengetahuan semua tu semua imagniasi aku je. Aku sayang dan minat kucing kot. Kat rumah aku ada bela kucing. Ok, tiba-tiba rindu kat Kokoa dan Charcoal.
7.Adakah Bisik novel hantu?
Ramai yang tanya soalan serupa. Bisik bukan novel hantu tapi lebih menjurus ke arah paranoia atau psychological thriller.
8)Projek seterusnya?
Sekarang ni aku ada buat research sikit-sikit, tengah explore konsep depression dan efeknya terhadap cinta. Ada conteng-conteng sikit tapi belum tergerak untuk tulis apa-apa sebab tengah puluh nak habiskan praktikal sebab hujung tahun ni nak grad. Lol.
9)kenapa terdapat watak lesbian?
watak lesbian dan pengkid itu wujud berdasarkan pengalaman peribadi saya yang mempunyai ramai jenis rakan-rakan. Saya tidak mendeskriminasi seksualiti atau jantina mana-mana pihak kerana saya rasa itu merupakan hak peribadi masing-masing.
10)Saya dah baca dah novel kamu dan ianya menarik,so macam mana dengan pembaca yang lain?ramai gak yang memuji?
Alhamdulillah setakat ini ramai yang menyukainya. Mereka beritahu yang jalan ceritanya walaupun pada awalnya agak lambat namun pada separuh kedua novel tersebut ia padat dengan peleraian cerita yang menurut mereka, ada yang tidak lena tidur dan terbayang-bayang kerana ngeri. [=)]
11)Adakah watak Mikael tu ade kena mengena dengan dengan saudara or just imaginasi saja?
Secara fizikalnya watak Mikael itu memang terinspirasi daripada diri saya sendiri. namun psikologi dan perwatakannya banyak saya sendiri yang bayangkan melalui pemerhatian saya terhadapa banyak filem-filem yang bergenre serupa dengan novel saya.
12)Macam mana plak Secangkir Kopi Bersama Dia(kopi)?
cerpen Kopi tersebut sebenarnya sudah lama terhasil. sekitar tahu 2008. mulanya ia ditulis dengan niat untuk dimuatkan dalam antologi Body2Body (dari matahari books) dan ia sebenarnya dalam bahasa inggeris. namun sayangnya ia tidak terpilih. saya tulis semula dalam bahasa melayu dan cuba menghantarnya untuk antologi Kopi pula dan Alhamdulillah terpilih pula.
13)Adakah menulis novel ni begitu sukar?
jujur saya jelaskan penulisan Bisik tidak terlalu sukar kerana asas 'core' ceritanya telahpun bermain-main di fikiran saya seawal tahun 2010 lagi. namun saya tidak punya keberanian dan masa untuk menulis secara konstan sehinggalah cuti semester tahun lepas pada mei saya berpeluang untuk punya banyak masa untuk menulis.
14)kenapa ending Bisik menjadi sebegitu rupa?
sebenarnya ada alternative ending untuk Bisik namun saya berpendapat ending itu kurang sesuai kerana tidak realistik. makanya saya memutuskan untuk membiarkan ending Bisik sebegitu rupa kerana saya rasa penyudah sebegitu paling sesuai. lagipun pada asalnya memang saya mahu tamatkan Bisik sebegitu.
15)Pada mulanya tajuk asal bisik apa dan kenapa memilih nama itu?
tajuk asal bisik ialah Distorsi. saya memilihnya kerana berpendapat bahawa ia mampu menggambarkan keseluruhan cerita. namun setelah berbincang dgn penerbit, kami berpendapat yang distorsi itu terlalu direct dan terlalu keDBP-an. makanya kami menukarnya kepada Bisik.
16)Macam mana kamu akan lakukan untuk lebih fokus menulis?dengar lagu?minum kopi?
masa menulis saya agak pelik. saya mula menulis selepas waktu makan malam (9 mlm) dan berhenti kira-kira dua jam selepas itu. seterusnya

No comments:

Post a Comment