Wednesday 11 July 2012

Lagenda kala dulu:Si Tangging

Arahan:Kabir tenaga batin
Skrip asal:kisah benar 

Para pelakon
Nama pelakon:Nama watak

Gambir Sarawak:Si tangging
Wan maimunanah:Mak si tangging
Entah sapa nama:isteri si tangging
Pun tak ingat nama:bapak isteri si tangging
Osman gemuk:Salesman
Izzati busuk :Selipar Jepun Si Tangging

Suara latar
Azroi tak oraittt kumpulah chamcham
Along kumpulan chamcham(yang dalam kurungan)

Lagu Tema Nyanyian Ramlah Rap bertajuk anak takleh harap

Al-kisahhhhhhh(taik)tersebutlah sebuah kisah pedoman untuk anak anak dan cucu cucu(taik).Kisah bermula di sebuah kampung bernama bikini bottom(ta…aiek cam nama tempat spangebob je).DI pinggir kampung terdapat sebuah rumah yang buruk macam muka Izzati busuk(apasal tak panggil Erik ubah suai rumah je?).Tinggal dua beranak yang sama hodoh dan bangang iaitu Si Tangging dan ibunya iaitu ibu Si Tangging(mak dia takde nama ke?)ko diamlah dari takde banyak Tanya pula,skrip ko taik taik je,tau?(ok ok,taikkkk).Adapun Si tangging ni agak malas lagi membebalkan.Cita cita Si tangging nak jadi pelakon terkenal malahan pernah ditawan untuk jadi pelakon tapi dia tolak sebab upahnya sikit(amboi belum terkenal dah demand,amboi amboi amboi)Ibunya seorang yang agak rajin,diulangi agak rajin tidur disiang hari.Mereka berdua mendapat duit dari pihak Perkida(bukan Perkidalah,Perkeso)ye ye Perkeso.

Suatu hari Si Tangging keluar dari rumah dengan memakai selipar jepunnya yang busuk.Mak si Tangging memesan sesuatu iaitu”jangan lupa beli ubat kurap mak ye,elok elok jalan jangan sampai eksiden,ko tu takde insuran”,kata ibu SI Tangging.Si Tangging pun berjalan jalan menunjuk ke kedai nombor(bukan kedai nomborlah bengong)ko tu yang bengong,aku belum abis cakap lagi,ke kedai nombor 2,tu nama kedai jual barang barang murah,bodoh.Si Tangging terserempak dengan salesman yang agak gemuk yang bernama salesman.Salesman itu menjual anak benih kacang ajaib.Kacang itu kata salesman itu mempunyai kuasa ajaib(mestilah ada kuasa ajaib,dah nama dia pun ajaib)Si tangging nak membelinya tapi mahal sangat.Akhirnya Si Tangging membuat pertukaran dengan menukar selipar jepun miliknya dengan Anak benih ajaib itu.Selepas itu Si Tangging ke kedai untuk membeli ubat kurap ibunya.

Selepas itu ibunya menyumpah Si Tangging menjadi(woi itu skrip yang part last,tukar cepat tukar cepat)oh,selepas itu Ibu si tangging Naik marah sebab Si Tangging menukarkan selipar jepun dengan anak benih kacang ajaib.selepar jepun itu dikatakan harta peninggalan bapak tangging.Si Tangging menangis seperti Erra Fazora dalam citer sembelik.Si Tangging merajuk dalam biliknya tidurnya(nota;bilik tidur Si Tangging ialah dalam jamban).Tangging pun tanamlah anak benih kacang ajaib dan terus lari dari rumah.Si Tangging membawa baju,seluar,beg af,koleksi cd cd pujaan pop leleh,anak patung Barbie dan tv plasma 49inci.Tangging pun menuju ke pelabuhan.

Bila sampai disana,Tangging dicop sebagai pengganas kerana memiliki wajah iras iras osama bin laden.Kekecohan berlaku namun akhirnya menjadi aman apabila anak pompuan tauke kapal iaitu bakal isteri Tangging(nota;penulis skrip ni dah lupa nama pompuan ini macam lupa nama ibu Tangging,harap maaf)mengaku bahawa si Tangging adalah suaminya.Tangging terkejut monyet tapi suka gak sebab muka Pompuan tu cam pelakon citer kentutlela,Izzati(Nota;Tangging mewarisi sifat ayahnya iaitu suka pada pompuan yang hodoh aje,contohnya ibu Tangging;)Mereka berdua pun bercinta,dating dan sebagainya.Namun sebenarnya pompuan itu ada suami tetapi suaminya sangat ganas,pernah memukulnya dan melarikan diri dan akhirnya beliau ditahan polis.Suaminya seorang pelakon kelas ketiga dan sempat memaki hamun wartawan ketika ditahan.Tapi pompuan itu dah ceraikan suaminya,lalu pompuan itu berkawin dengan tangging..Bapa isteri Tangging(tak ingat nama gak;)sangat suka mendapat menantu cam Tangging sebab bolehlah suruh Tangging urut badan dia hari hari.Selepas berkawin dengan pompuan tu,Tangging menjadi sombong dan bongok.Tangging pun baliklah ke kampungnya untuk menunjuk nunjuk dengan orang kampung.Lepas abis nunjuk2 dengan orang kampung termasuk ibunya,beliau pun blah dengan isteri.Ibunya kecewa sebab Manchester united kalah dengan chealsea dan sikap anaknya yang cam Izzati Busuk.

Selepas itu ibunya menyumpah Si Tangging menjadi Ps3 tetapi gagal sebab kapal Tangging sempat drif lagi.Ibu Tangging cuba lagi tapi gagal sempat line sumpah sumpah tak clear sangat.Tapi Ibu Tangging tak kisah sangat sebab Tangging bukan anak kandungnya(ibu tangging jumpa Tangging dalam hutan dengan gene monyet)walaupun rumah Ibu Tangging sudah tiada sebab kena bom(anak benih kacang ajaib yang ditanam oleh tangging ialah bom) selepas peristiwa itu

Ibu Tangging akhirnya berkahwin dengan Datuk J dan menjadi pelakon 
Bapak mentua Tangging menjadi miskir sebab main saham 
Isteri Tangging rupa rupanya belakon cerita Kentutlela yang kuat kentut tu
Bekas suami Isteri Tangging menjadi terkenal selepas kena tahan dan menjadi cover cover majalah majalah terkenal seperti Jenayah,Penjahat,Penjara dan Mangga(?)
Osman gemuk menjadi busuk dan bodoh selepas memakai selipar jepun tangging
Tangging dikata tak boleh berak sampai sekarang(mungkin sumpahan mak dia menjadi kot)

No comments:

Post a Comment