Wednesday 11 July 2012

Drama melayu minggu ini-kentutlela



Pelakon Utama
Farid sebagai Farid(F)
Izzati sebagai Izzati(I)
A.Aida sebagai Aida(A)
Mak so sebagai Mak cik Leha(mak diri Izzati)
Abg li sebagai Abg man(abg tiri Izzati)
Remy islak sebagai Tengku Azlan
Pak lat sebagai pak mat
Azmi Yusuf sebagai butang baju

Lagu tema:Faizal Lalir-Mahakarya penipu,Amirliar-kentutlela
*Drama ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang menipu orang
Ditayang di TVM(TVMONYET)

Drama ini mengisahkan Farid sebagai penguasahan syarikat jualan makanan kucing.Beliau memiliki wajah yang comel,memiliki syarikat yang maju bernama Tak Laku Holding serta meminati Liyana Kemek(lagu hit aku tak percaya beruk).Macam manapun beliau tiada teman wanita kerana disyakit sebagai gay kerana memiliki wajah yang comel.Oleh itu beliau berusaha menjadi lelaki yang macho seperti menjadi peminat band bodoface tetapi menjadi mat belia 4b yang gatal pula.Sebab selalu sedih dengan nasib sendiri beliau meneruskan kerjayanya.

Farid bagaimanapun berkenalan dengan seorang wanita gemuk dan kaki penipu bernama izzati,Mereka berkenalan di web band paling kurang ajar iaitu band hutan.Farid minta nombor Izzati dan Izzati bagi je.Izzati tinggal bersama Mak dan abg tirinya.Mak tirinya iaitu Mak cik Leha yang suka berkaraoke serta abg tirinya iaitu Abg man yang suka kentut.Walaupun mereka berdua ini saudara tiri Izzati namun izzati mewarisi sifat sifat mereka seperti kuat kentut,menipu orang,kaki busuk serta memiliki suara cam Ina Naim(orang kampung dia;).Walaupun Farid sibuk dengan syarikatnya namun sebab nak layan teka teki bodoh serta pengalaman didera oleh saudara tiri,Farid dengarkan sahaja.

Kerana selalu asyik bermain,Izzati telah merancang untuk merampas syarikat milik Farid.Lalu dia telah mengupah A.Aida untuk bermain sms bersama Farid.Izzati telah merancang untuk membunuh Farid serta menjadi Ceo syarikat Tak Laku Holding.A.Aida telah berjaya mengorek rahsia dan kandungan wasiat Farid.Farid berjanji akan menyerahkan syarikatnya kepada izzati.Tanpa membuang masa,Izzati telah mengikuti langkah Farid World dan melanggar Farid.Izzati ketawa huahuahua menampakan gigi buruknya.Farid telah jatuh kegaung yang dalam sekali.

Bagaimanapun Izzati terkejut bahawa dalam wasiat Farid tiada nama dia namun ada nama jojojahat,iaitu nama kucing Farid.Tambahan lagi dalam wasiat itu tertulis lagu”jangan harap aku nak bagi dekat mu,dahlah kaki penipu,kurang ajar pula tu,ada hati nak syarikat aku,baik aku bagi dekat kucing aku,weeei”.Izzati pun balik kerumahnya sambil menyanyi lagu aku memang bodoh(cipta sendiri serta direjet oleh muzik muzik kerana ntah apa apa).bagaimanapun Izzati begitu marah apabila peti sejuk telah dirantai oleh Mak cik Leha.Izzati apa lagi berlawan nyanyian dengan mak cik Leha.Bagaimanapun izzati kalah kerana Mak cik leha lebih power nyanyi.Izzati didera untuk memakai baju karung guni beras serta dipaksa menonton drama gelek khas.Bagaimanapun Izzati tak kisah kerana inilah nasibnya.Oh ye Izzati belajar di Lee Kok kok dalam bidang menipu orang.

Hakikatnya Farid masih hidup serta telah ditemui oleh pak mat.Pak Mat ialah Vokalis kumpulan scremo punk,IjadIjad serta meniaga ubat ubatan.Demi membalas jasa pak Mat,farid telah membantu Pak Mat membuat ubat kuat .Pak Mat pun menjualkan ubat yang dicipta oleh farid namun ditangkap oleh pihak polis kerana ubat itu Mempunyai virus yang bernama ITAZZI.Farid ape lagi blah dan melarikan duit Pak mat.Farid telah menukar nama dan Identit iaitu bernama Bront PrePre dan menjadi seorang mekanik.

Izzati dan motor buruk telah pergi ke bengkel motor kerana carburetor dalam otaknya longgar.Ketika bertemu dengan Bront PrePre,izzati telah membaling kasut buruknya kerana wajah Bront PrePre comel sangat.Izzati apa lagi blah dari situ sambil ketawa dan kentut. Bront PrePre menyimpan kasut Izzati untuk dijual kepada pengumpul barangan pelik tapi tak jadi jual pula sebab sayangkan kasut itu.

Izzati sebenarnya selalu diganggu oleh Seorang lelaki bernama Butang Baju.Butang Baju ialah adik kandung Izzati serta memiliki persamaan dengan Izzati iaitu bau badan yang busuk.Izzati dan butang baju sebenarnya anak kandung kepada Rosmen Masar,Isteri muda raja Inderapupus,iaitu raja Kapol.Rosmen Masar terpaksa menyerahkan Butang Baju kepada beruk serta Izzati kepada Mak Cik Leha kerana bau kedua dua mereka sangat busuk dan kuat kentut.Butang Baju berjaya menyakinkan izzati bahawa mereka adalah adik beradik dengan meyerahkan sijil beranak Izzati,Video Izzati ketika kecik yang tengah kentut serta kertas ujian dna.Mereka apa lagi berpelukan dan menangis sambil kentut.

Bront PrePre masih menunggu kedatangan izzati untuk membelasah kerana membaling tanpa sebab. Bront PrePre mengelarkan Izzati sebagai Kentutlela kerana meninggalkan kasut serta kuat kentut.Namun akhirnya mereka bertemu lalu Bront PrePre cuba nak mengorat Izzati dengan kentut yang berirama merdu.Mereka pun bercintalah(babak joget2 ala2 hidustan)namun Bront PrePre cuba menjauhkan Izzati kerana baru mengetahui bahawa Izzatilah yang cuba membunuhnya.Izzati pun menangis sambil kentut bila tahu Bront PrePre ialah Farid.

Tengku Azlan telah datang ke Malaysia dari Inderapupus untuk mencari kebebasan.ketika syok jalan jalan dekat Malaysia, Tengku Azlan telah jatuh cinta dengan izzati apabila melihat wajahnya seperti pengasuh yang menjaganya ketika kecil. Tengku Azlan hanya menyintai pengasuhnya sahaja.Mereka saling berkenalan lalu mulai bercinta.izzati tak tahu bahawa Tengku Azlan ialah putera raja(kalau dia tahu mesti dia nak bunuh juga).Ketika tengah syok dating dekat tanah perkuburan,mereka telah terjumpa tahu Bront PrePre.izzati terkejut , Tengku Azlan lagi terkejut apabila berjumpa dengan Bront PrePre.Rupa –rupanya Bront PrePre atau Farid ialah abang kepada Tengku Azlan.Izzati apa lagi mengeluarkan angin terhadap Tengku Farid(dah terbongkar identitinya)dan blah dari situ.Izzati konfius nak pilih sapa,kalau Tengku Farid pandai lawak(comel pula tu),kalau Tengku Azlan pula pandai bodek dan kentut.Lalu dia pun call kedua dua Tengku itu untuk berjumpa.

Izzati mengatakan perasaan hatinya kepada kedua dua tengku itu.izzati tidak mencintai kedua dua tengku itu.Tengku Azlan begitu seronok kerana lepas ini tak perlu mencium bau busuk Izzati manakala Tengku Farid tengah sibuk dengar lagu Liyana Kemek.

Selepas peristiwa itu;
1)Tengku Farid telah dikatakan hangat bercinta dengan Liyana kemek
2) Tengku Azlan telah menjadi pelakon,antara lakonannya ialah nur awek
3)Izzati pula telah join kumpulan death metal dan banyak menghiasi majalah-majalah hiburan seperti majalah manggis
4)Butang Baju pula menjadi hos rancangan hiburan iaitu chit chit bersama Butang
5)A.Aida pula menerbit drama yang popular iaitu Ijad Busuk
6) pak mat pula masih menjadi buruan polis selepas berjaya melarikan diri,dia sekarang tengah memburu Tengku Farid
7) Mak cik Leha telah merakamkan sebuah lagu yang bertajuk mayat dikakimu
8)Abg man pula terkejut bahawa dia bukannya anak Mak cik Leha tetapi anak primadona terkenal iaitu Anita Sabah
9)Bengkel tempat Tengku Farid keje dulu telah dirobohkan kerana menjadi makmal membuat dadah.

No comments:

Post a Comment