Friday 13 July 2012

Ulasan Zine baru:My Ladybugs chenta robot friggie

Atau dalam singkatannya Mlcrf.Aku tak tau macam mana mrs cookies street ni boleh dapat idea letak nama macam tu.Mungkin pada orang lain nampak unik tapi bagi aku,nama tu agak sukar untuk diingati.Ikut sukati dialah sebab zine dia kan.Ok lebih baik kita tumpukan kepada isinya.
Zine mrs cookies street ni lebih 80% menggunakan tulisan tangan,selebihnya tulisan kaki hahaha gurau je.Tapi bila dinilaikan hasil tulisan dia ni aku agak konfius dengan y dan g,nampak begitu pelik bagi saya.Tapi still ok dari tulisan aku yang raw tu sampai orang claim aku doktor!.
Hampir kebanyakkan isi dalam zine ini adalah pasal makanan!(coz dia suka makan ;).Sesuatu yang baru dalam arena zine tanah air sekarang.Tahniahlah sebab sudi bagi resepi untuk zine aku isu 7 tu ye hahaha.
Selain itu adalah citer pasal fobia,untuk menambahkan ilmu pengetahuan mungkin.
Dari segi layout plak aku rasa kena tingkatkan lagi coz ada pembaziran ruang,mungkin boleh letaklah iklan ke info ke.Secara keseluruhan ok bagi first isu dan aku rasa ianya sesuai dibaca untuk sape sape yang nak rilek,merehatkan minda,takde aktiviti atau apa apa ajelah.
P/s:hope next isu adalah percuma kek ye,tak pun choki choki pun ok


No comments:

Post a Comment