Sunday 15 July 2012

Ulasan zine:tatu(kecik yang memikat)



Bila aku tahu harga zine ni rm4,aku bilang Ya Allah mahalnya,cekik darah betullah.Ok takpe memandangkan aku banyak duit,tapi rasa macam tak berbaloi dengan rm4 tu,harap ambil perhatian ye.Zine tatu ni mempertaruhkan keluhan keluhan si penulis sahaja.Mungkin membosan bagi sesetengah pihak.Bagi aku penulisannya mudah dan tak banyak sangat main puis puis.Bila baca apa yang dia tulis ni sejuk je hati aku ni.hehehe.Memandang sikit sangat mende yang dia tulis,maka sikit je yang aku komen.Bye bye

Ulasan zine:tatu(kecik yang memikat)



Bila aku tahu harga zine ni rm4,aku bilang Ya Allah mahalnya,cekik darah betullah.Ok takpe memandangkan aku banyak duit,tapi rasa macam tak berbaloi dengan rm4 tu,harap ambil perhatian ye.Zine tatu ni mempertaruhkan keluhan keluhan si penulis sahaja.Mungkin membosan bagi sesetengah pihak.Bagi aku penulisannya mudah dan tak banyak sangat main puis puis.Bila baca apa yang dia tulis ni sejuk je hati aku ni.hehehe.Memandang sikit sangat mende yang dia tulis,maka sikit je yang aku komen.Bye bye

Friday 13 July 2012

Ulasan Zine baru:My Ladybugs chenta robot friggie

Atau dalam singkatannya Mlcrf.Aku tak tau macam mana mrs cookies street ni boleh dapat idea letak nama macam tu.Mungkin pada orang lain nampak unik tapi bagi aku,nama tu agak sukar untuk diingati.Ikut sukati dialah sebab zine dia kan.Ok lebih baik kita tumpukan kepada isinya.
Zine mrs cookies street ni lebih 80% menggunakan tulisan tangan,selebihnya tulisan kaki hahaha gurau je.Tapi bila dinilaikan hasil tulisan dia ni aku agak konfius dengan y dan g,nampak begitu pelik bagi saya.Tapi still ok dari tulisan aku yang raw tu sampai orang claim aku doktor!.
Hampir kebanyakkan isi dalam zine ini adalah pasal makanan!(coz dia suka makan ;).Sesuatu yang baru dalam arena zine tanah air sekarang.Tahniahlah sebab sudi bagi resepi untuk zine aku isu 7 tu ye hahaha.
Selain itu adalah citer pasal fobia,untuk menambahkan ilmu pengetahuan mungkin.
Dari segi layout plak aku rasa kena tingkatkan lagi coz ada pembaziran ruang,mungkin boleh letaklah iklan ke info ke.Secara keseluruhan ok bagi first isu dan aku rasa ianya sesuai dibaca untuk sape sape yang nak rilek,merehatkan minda,takde aktiviti atau apa apa ajelah.
P/s:hope next isu adalah percuma kek ye,tak pun choki choki pun ok


Thursday 12 July 2012


Selepas dapat tahu yang fixi akan lancarkan 2 buah novel baru(invasi dan Bisik) saya terus try menbuat sessi interview dengan dua orang penulis invasi dan bisik.Dan syukur kedua duanya saya dapat dan sekarang ialah sessi interview dengan penulis Bisik iaitu Syaihan Syafiq.Rasanya semua dah membaca bisik dan bagi aku novel itu memang terbaik!Dah dah jom layan interview ini.
1.            Cuba cerita sesikit tentang diri saudara?
Lahir kat Kota Bharu, Kelantan circa mid-80 dulu tapi dibesarkan kat Penang. Mendapat persekolahan awal pun kat Penang jugak. Sekarang ni tengah habiskan sisa-sisa tahun akhir seorang pelajar TESL dengan menjalani praktikal kat sebuah sekolah kat Durian Tunggal, Melaka.
Disebabkan oleh masalah kesihatan yang aku alami, aku tak boleh makan benda-benda pedas. Seorang yang ketagih kopi dan peminat kucing dan teater. Aku rasa minat aku pada teater mula bercambah sejak aku masuk UKM pada tahun 2008 kot. sepanjang aku kat uni banyak jugaklah produksi teater yang aku join walaupun kebanyakannya aku tak pernah berlakon pun. Aku lebih suka buat kerja-kerja belakang tabir. Mungkin sebab tak hensem kot sebab tu taknak berlakon. Hahaha…
2.            Cer citer sikit pembikinan Bisik dari mula sampai akhir (dari dpt idea hingga cover)
Idea dan konsep asal Bisik sebenarnya dah lama ada. Sekitar tahun 2008 aku mula conteng-conteng idea kat kertas. Aku tertarik dengan konsep perasaan syak dan konspirasi manusia terhadap orang yang tinggal sebumbung dengan dia. FYI, most of the locations yang ada dalam Bisik pun memang terinspirasi dari lokasi sebenar tempat aku suka lepak atau pergi. Rasanya warga UKM kalau baca Bisik mungkin boleh jebak kot kat mana lokasi-lokasi ni diambil.
Pasal watak-watak yang ada dalam Bisik pun sebenarnya terilham daripada orang-orang yang aku kenal secara peribadi. Honestly speaking, kalau adalah orang yang rapat dengan aku baca novel ni mesti dia akan dapat rasakan yang watak tu merupakan cerminan diri dia sendiri.
Aku mula consider untuk panjangkan nota-nota contengan yang aku simpan pada tahun 2008 dulu tu lepas aku jumpa Amir Muhammad pada KL Book Fest kat PWTC tahun lepas. Masa tu aku datang booth FIXI sebab nak grab its first three books iaitu Kougar, Cekik dan Pecah. Aku sembang-sembang dengan Amir dan dia dapat tahu yang sebelum-sebelum ni pun aku ada hantar karya kat dia (cerpen untuk antologi Body2Body dan Orang Macam Kita, tapi disebabkan ada kekangan tertentu cerpan aku tak terpilih). Tapi dia kata dia memang aware tentang kewujudan aku melalui cerpen aku tu walaupun dah kena reject. Bila aku cakap aku ada sedang berkira-kira untuk menulis, dia gesa untuk aku siapkan manuskrip dan cuba nasib untuk hantar ke Fixi.
Proses menulis Bisik tak lama, dalam lima ke enam minggu duduk menghadap laptop dua-tiga jam sehari dan draf pertama pun siap. Masa tu seluruh warga IPTA tengah cuti sem yang maha lama (mula Mei, abis September). Mula awal Mei 2011, pertengahan Jun beberapa hari sebelum birthday aku manuskrip Bisik dah siap ditaip. Sepanjang lima-enam minggu tu aku literally aku usahakan diri khatam tengok siri Grey’s Anatomy (sebab aku nak kaji sikit pasal medical terms yang aku guna dalam Bisik) dan siri francais filem Saw (for obvious reasons kot? hehehe…) Aku ada jugak ulang tengok cerita Fight Club, Kill Bill dan satu filem Jepun ni tajuknya Audition. Saja syok-syok. Aku juga ada ulang baca novel-novel Chuck Palahniuk, Stephen King dan Anne Rice sebab aku suka stail penceritaan diorang.
Aku rasa most of the scenes dalam Bisik terinspirasi daripada filem-filem yang aku tengok dan novel-novel yang aku baca kot. Siang hari aku banyak tengok movies dan baca novel, malam aku berjaga menaip dengan berbekalkan kopi dan keropok lemau.
Tentang cover depan yang ada gambar kucing tu… well, rasanya konsep untuk guna gambar kucing tu terbit masa aku jumpa Amir Muhammad briefly masa dia nak bagitahu yang dia berminat untuk terbitkan Bisik pada September 2011 lepas. Aku pun suka jugak konsep tu sebab memang ada satu babak dalam novel ni yang melibatkan kucing.

3.            Macam mana berminat nak deal dgn Fixi?
Aku dapat tahu yang Amir Muhammad tengah cari penulis untuk syarikat penerbitan baru dia yang bernama Fixi sekitar Mac. Masa tu aku ada terbaca retweet Khairul Nizam Bakeri pasal benda ni. Minat memang minat tapi tak berani sebab aku sendiri tak yakin aku boleh tulis 60K patah perkataan punya cerita.
Tapi macam aku cakap tadi, lepas jumpa Amir Muhammad kat booth Fixi pada April 2011, semangat aku untuk try to write a manuscript mula berkobar-kobar dan akhirnya penghujung Jun siap juga draf pertama Bisik. Masa tu judul tentatifnya Distorsi. Aku peram manuskrip tu sampailah ke September, aku masuk sem baru, barulah aku berani untuk emelkan manuskrip tu kepada Fixi. A couple of weeks later aku dapat call daripada Amir Muhammad. Dia cakap nak jumpa.
Alhamdulillah manuskrip aku diterima, jadi aku terus diberi deadline sampai November untuk siapkan draf kedua. Tajuknya juga dua-tiga kali berubah dan akhirnya aku tetapkan sebagai Bisik. Hehehe…
Kenapa Fixi? Mungkin sebab syarikat ni tak tetapkan syarat yang ketat dari segi stail dan laras bahasa kot. Lagi satu, mungkin jugak sebab Fixi ni berani terbitkan novel yang tersasar daripada genre tipikal kebanyakan novel Melayu yang berlambak kat luar sana.
4)Adakah anda berpuas hati dengan Bisik?
Terus-terang aku cakap benda paling susah dalam proses menulis Bisik adalah macam mana nak mendalami paranoia syak-wasangka seperti apa yang Mikael tu alami. Kadang-kadang dalam tengah aku menulis aku sendiri rasa macam dekat-dekat nak gila. Haha…
Lagi satu, ada banyak babak dalam novel ni yang entah berapa kali aku edit, terutama sekali part ending dia. Ada dua-tiga alternative ending yang aku sedang timbal. Last-last bila aku baca ulang-ulang aku puas hati tamatkan Bisik macam tu.
Secara keseluruhannya kalau ditanya adakah aku berpuas hati dengan Bisik, jawapan aku semestinya ya. Aku rasa menulis tesis akhir tahun aku pun tak sesusah siapkan manuskrip novel ni. =)
5)Ni debut pertama anda ke (Bisik)?
Secara teknikalnya manuskrip Bisik diterima Fixi untuk diterbitkan pada September 2011 manakala cerpen Secangkir Kopi Bersama Dia yang dimuatkan dalam Koleksi Cerpen KOPI terbitan Fixi diterima lewat November 2011. Jadinya ya, ini adalah debut saya dalam kancah penulisan secara komersial.
Harap-harap lepas ni adalah lagi penerbit lain atau Fixi sendiri nak terbitkan tulisan aku lagi. Hahaha…
6.            Apa maksud sebenar cover Bisik (gambor kucing)
Nak kena cerita jugak ke? Karang kalau cakap dah spoiler. Hahaha… well, apa yang aku boleh cakap kucing tu ada peranan dalam kisah silam Nazzman masa dia kecik-kecik dulu. Ha, cukuplah. Selebihnya korang kena dapatkan novel Bisik dan find out sendiri.
Rasanya lepas ni harap-harap tak adalah aktivis pencinta kucing yang dah baca Bisik akan hantar hate mail kat aku lepas discover apa yang budak-budak dalam Bisik tu dah buat kat kucing-kucing.
Ada orang cakap aku ni seorang yang sadistic tapi sebenarnya untuk pengetahuan semua tu semua imagniasi aku je. Aku sayang dan minat kucing kot. Kat rumah aku ada bela kucing. Ok, tiba-tiba rindu kat Kokoa dan Charcoal.
7.Adakah Bisik novel hantu?
Ramai yang tanya soalan serupa. Bisik bukan novel hantu tapi lebih menjurus ke arah paranoia atau psychological thriller.
8)Projek seterusnya?
Sekarang ni aku ada buat research sikit-sikit, tengah explore konsep depression dan efeknya terhadap cinta. Ada conteng-conteng sikit tapi belum tergerak untuk tulis apa-apa sebab tengah puluh nak habiskan praktikal sebab hujung tahun ni nak grad. Lol.
9)kenapa terdapat watak lesbian?
watak lesbian dan pengkid itu wujud berdasarkan pengalaman peribadi saya yang mempunyai ramai jenis rakan-rakan. Saya tidak mendeskriminasi seksualiti atau jantina mana-mana pihak kerana saya rasa itu merupakan hak peribadi masing-masing.
10)Saya dah baca dah novel kamu dan ianya menarik,so macam mana dengan pembaca yang lain?ramai gak yang memuji?
Alhamdulillah setakat ini ramai yang menyukainya. Mereka beritahu yang jalan ceritanya walaupun pada awalnya agak lambat namun pada separuh kedua novel tersebut ia padat dengan peleraian cerita yang menurut mereka, ada yang tidak lena tidur dan terbayang-bayang kerana ngeri. [=)]
11)Adakah watak Mikael tu ade kena mengena dengan dengan saudara or just imaginasi saja?
Secara fizikalnya watak Mikael itu memang terinspirasi daripada diri saya sendiri. namun psikologi dan perwatakannya banyak saya sendiri yang bayangkan melalui pemerhatian saya terhadapa banyak filem-filem yang bergenre serupa dengan novel saya.
12)Macam mana plak Secangkir Kopi Bersama Dia(kopi)?
cerpen Kopi tersebut sebenarnya sudah lama terhasil. sekitar tahu 2008. mulanya ia ditulis dengan niat untuk dimuatkan dalam antologi Body2Body (dari matahari books) dan ia sebenarnya dalam bahasa inggeris. namun sayangnya ia tidak terpilih. saya tulis semula dalam bahasa melayu dan cuba menghantarnya untuk antologi Kopi pula dan Alhamdulillah terpilih pula.
13)Adakah menulis novel ni begitu sukar?
jujur saya jelaskan penulisan Bisik tidak terlalu sukar kerana asas 'core' ceritanya telahpun bermain-main di fikiran saya seawal tahun 2010 lagi. namun saya tidak punya keberanian dan masa untuk menulis secara konstan sehinggalah cuti semester tahun lepas pada mei saya berpeluang untuk punya banyak masa untuk menulis.
14)kenapa ending Bisik menjadi sebegitu rupa?
sebenarnya ada alternative ending untuk Bisik namun saya berpendapat ending itu kurang sesuai kerana tidak realistik. makanya saya memutuskan untuk membiarkan ending Bisik sebegitu rupa kerana saya rasa penyudah sebegitu paling sesuai. lagipun pada asalnya memang saya mahu tamatkan Bisik sebegitu.
15)Pada mulanya tajuk asal bisik apa dan kenapa memilih nama itu?
tajuk asal bisik ialah Distorsi. saya memilihnya kerana berpendapat bahawa ia mampu menggambarkan keseluruhan cerita. namun setelah berbincang dgn penerbit, kami berpendapat yang distorsi itu terlalu direct dan terlalu keDBP-an. makanya kami menukarnya kepada Bisik.
16)Macam mana kamu akan lakukan untuk lebih fokus menulis?dengar lagu?minum kopi?
masa menulis saya agak pelik. saya mula menulis selepas waktu makan malam (9 mlm) dan berhenti kira-kira dua jam selepas itu. seterusnya

interview bersama penulis Ngeri


 Di sini saya Farid aka Xrantarox sertakan interview bersama Gina Yap Lai Yoon aka penulis Novel.Ngeri adalah sebuah novel yang bergenre thriller.Apa itu thriller?tak tau?Baca ajelah
1)Hello,apa khabar?Tengah buat pe tu?
Hai. Khabar baik. Tengah lepak bersama keluarga di rumah nek. Setiap Tahun Baru Cina, pasti diluangkan bersama keluarga di rumah nek, hampir sepanjang 15 hari CNY saya di sini - berjamu selera, bermain kad, menonton TV dan berbual rancak dengan saudara-mara semua.
2)Ngeri adalah debut pertama anda bersama Fixi,apakah perasaan kamu tentangnya?
Dengan Fixi, lain sikit pengalamannya kerana pembaca Fixi lebih ekspresif. Jadi saya menerima lebih banyak ‘feedback’ daripada pembaca yang banyak membantu saya untuk meningkatkan mutu penulisan saya.
3)Ngeri adalah novel yang bergenre Thriller,jadi adakah kamu berminat menghasilkan novel thriller atau ini cuma salah satu percubaan kamu?
Ini adalah satu percubaan baru buat saya. Selama ini, saya memang gemar membaca atau menonton cerita ‘crime thriller’. Menulis NGERI amat berbeza sekali berbanding dengan debut novel saya – Eksperimen Cinta. Kerana dalam soal cinta, tiada betul dan salah. Dalam soal ‘crime thriller’, lebih banyak masa diluangkan dalam research kerana genre ini lebih berpandukan fakta daripada fiksi.
4)Cerita sedikit tentang pembikinan Ngeri dari mendapat idea sehingga dah siap ngeri tu?
Idea utama untuk NGERI diilhamkan daripada pengalaman dejavu yang sering dialami oleh diri sendiri. Kekadang, apabila menulis sesuatu cerita, saya mendapati terdapat detik-detik hidup yang berlaku kemudian yang amat menghampiri senario yang ditulis di dalam cerita saya. Perasaan dejavu ini dijadikan konsep utama dalam cerita NGERI.
5)Dalam pertandingan memilih cover ngeri,kamu berminat yang mana?Ke memang kamu menyerahkan segalanya kepada pengundi di facebook?
Pemilihan kulit depan NGERI... Saya tidak suka pilihan yang disediakan oleh penerbit pada pusingan pertama. Langsung tidak membawa perasaan ngeri ataupun mewakili jalan cerita yang saya tulis. Oleh itu, saya mendesak penerbit menukar kulit depan dan mengadakan undian pusingan kedua. Pilihan yang disediakan untuk pusingan kedua berpandukan beberapa konsep idea yang disediakan oleh saya sendiri. Sebagai graphic designer, saya memang peka kepada visual yang digunakan. Kalau boleh, saya ingin design sendiri kulit depan itu. Nasib baik pusingan kedua yang disediakan oleh penerbit berdasarkan sampel yang saya sediakan amat memuaskan hati saya. Dan pengundi di Facebook juga telah memilih kulit depan NGERI yang memang saya kenan. Kesemuanya berjalan dengan lancar. Setahu saya, ramai yang tertarik untuk membeli novel NGERI juga kerana kulit depannya yang penuh impak.
6)Adakah anda berharap sangat Ngeri difilemkan seperti Pecah?Memandangkan saya membacanya dan rasanya ada potensi nak dijadikan filem,komen?
Saya bersyukur jika NGERI dijadikan filem. Sememangnya NGERI sesuai untuk dijadikan filem kerana jalan ceritanya yang penuh aksi. Untuk filem, biasanya lebih banyak aksi, lebih penuh impak. Kalau jalan cerita lebih kepada ‘inner self-discovery’, lebih sukar untuk dibuat filem kerana semuanya penuh dengan pengalaman minda. Semasa menulis NGERI, saya sudah dapat membayangkan ceritanya pada skrin dan amat yakin cerita ini lebih berjaya sebagai filem daripada buku.
7)Projek seterusnya?Ke nak sambung belajar?
Dah masuk tahun ke-6 saya bekerja sebagai profesional(oh,sorry-ed). Setakat ini, takde niat nak sambung belajar lagi. Mungkin masa depan kot. Saya baru habis cerita pendek untuk buku KOPI hasil penerbitan Fixi juga. Projek seterusnya belum tentu lagi. Ada 3 lagi cerita yang ingin saya novelkan. Ada juga yang minta NGERI 2.0 selepas membaca NGERI. Jadi saya tengah pertimbangkan yang mana harus diusahakan dahulu. Tapi buat tahun ini, saya berazam untuk menghasilkan satu lagi novel sekurang-kurangnya. Satu novel setahun. Itulah azam saya.
8)kenapa kamu memilih menulis dalam bahasa Melayu memandangkan agak rare untuk mencari penulis novel yang bukan melayu yg menghasilkan novel B.M?
Sebab saya gemar membaca novel Melayu. Dan pada pendapat saya, bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang amat indah dan sesuai digunakan untuk menceritakan cerita tempatan. Bagi saya, pemilihan bahasa untuk penulisan amat penting. Kalau settings untuk cerita saya di Malaysia, saya akan memilih untuk menulis dalam bahasa Melayu kerana cerita lebih tulen dan penuh perasaan begitu. Bolehlah bermanja dengan pembaca(amboi bermanja plak). Kalau settings di luar negara, mungkin saya akan tulis dalam English. Bagi NGERI, kedua-dua bahasa juga efektik. Oleh itu, saya mungkin akan menulis NGERI versi English pada tahun ini untuk kawan-kawan yang lebih gemar membaca dalam English(jangan lupa tulis dalam bahasa Germany-ed).
9)Lupa nak tanya,ceritakan sesikit sebanyak tentang diri kamu?
Saya hanyalah seorang storyteller yang suka bercerita kepada mereka yang sudi mendengar. Kebanyakan masa diluangkan untuk ‘people-watching’ di mana saya mendapat ilham untuk cerita baru.
10)apa pendapat kamu tentang baucar buku 1Malaysia tu?ada plak yang menjualnya?
Baucar buku 1Malaysia amat efektik untuk mendorong orang ramai untuk membaca. Tabiat membaca itu harus disemai dalam setiap individu kerana membaca membantu perkembangan minda.
11)ada gak yang suruh buat sambungan Ngeri tu,nak buat sambungan tak?
Itu, saya kena tanya penerbit Fixi dulu. Kalau Fixi nak terbit, akan saya usahakan NGERI 2.0 – dah ada sedikit idea untuk susulannya. Kalau Fixi tak sudi terbit, mungkin takde kot.
12)Cara cara membunuh dalam ngeri tu imaginasi atau dapat ilham dari mana kes pembunuhan?
Kebanyakannya saya sudah dapat ilham visual bagaimana setiap ‘crime scene’ kelihatan apabila ditemui detektif. Terutamanya kes Pinochio(jangan sebut,saya takut-ed), memang nak buat satu senario sebegitu dari dulu lagi tetapi tiada peluang apabila menulis cerita cinta. Dengan NGERI, dapatlah peluang untuk berkongsi senario itu dengan semua. Puas!

13)Dimanakah terletaknya kekuatan Ngeri,gitau sikit((ni sessi promo)
NGERI sebenarnya ditulis khas buat pembaca novel cinta(?-ed). Saya tahu yang ramai tidak ingin mencuba genre baru. Oleh itu, dengan NGERI, saya mencuba stail penulisan yang berlainan sedikit. Sengaja saya menggunakan emel sebagai ‘vehicle’ penyampaian cerita ini kerana ia memudahkan pembaca untuk mengikuti cerita. Penggunaan format emel mempercepatkan cerita, menambahkan suspens dan membuatkannya lebih mudah untuk dibaca. Tidaklah terasa penat atau terbeban dengan terlalu banyak perkataan. Dan sengaja deskripsi dikurangkan supaya pembaca mempunyai lebih banyak ruang untuk berimaginasi.
14)Ada tak scene scene yang kamu nak buat sangat tapi juga buat9mungkin terlampau ganas ke) dalam ngeri?ke takde?
Takde. Semua senario yang ingin saya masukkan, dah pun dimasukkan. Ada senario lain yang lebih ngeri, tetapi lebih sesuai untuk cerita yang lain pada masa hadapan.(ada lagi yang ngeri?macam mana tu prof?-ed)
15)Siapakah yang menjadi pengaruh kamu dalam penghasilan karya?
Manusia. Hehe!(?-ed)Cerita saya semuanya diilhamkan daripada ‘people-watching’. Sebenarnya, sebagai manusia, kami semua mempunyai cerita masing-masing. Daripada gaya hidup ke pengalaman peribadi, saya meluangkan masa untuk memahami isi hati manusia menerusi pemerhatian, perbincangan dan tindak balas seseorang terhadap sesuatu situasi. Ini semua mempengaruhi cerita yang ditulis kerana saya ingin berceritakan sesuatu yang tulen dan realistik.
16)Bagaimana dengan sambutan ngeri?
Penerbit kata sambutan okay. Okay lah tu. Tapi di kalangan kawan, terutamanya mereka yang langsung tidak membaca novel Melayu, insyallah, mereka amat menyukainya. Kata mereka, NGERI merupakan novel Melayu pertama yang habis dibaca mereka. Itu dah cukup memuaskan hati saya.(ah ha,saya pun baca abis gak sampai lupa nak makan-ed)
17)ni soalan biasa je,senaraikan 5 novel,5 filem, 5lagu serta 5 makanan kegemaran kamu?
Dalam satu tahun, saya baca 100 novels(Mak I banyaknye,nak pinjam boleh?-ed). Macam manalah nak saya senaraikan. Saya lebih peka kepada isi kandungan sesuatu novel, filem, lagu atau makanan – dan tidak gemar melabel yang mana menjadi kegemaran kerana sebagai manusia, kita berubah dengan masa. Tahun ini, mungkin saya suka novel thriller. Tahun depan, mungkin saya suka novel genre yang lain pula.(tapi takkan taknak list kot,ke ni jawapan selamat?-ed)
18)Kata kata akhir dan harapan?
Harap-harap NGERI tidak menghampakan pembaca yang menyokong saya selama ini. Teruskan berkongsi feedback anda bersama saya supaya saya dapat meningkatkan taraf penulisan lagi. Dan diharap penulisan saya mencorakkan lagi pengalaman hidup anda. Selamat membaca semua!
19)Dah makan ke belum?
Dah. Sekarang nak pergi makan lagi. Maklumlah Tahun Baru Cina, semua resipi keluarga dihidangkan. Tak habis-habis makan sepanjang hari. Haha!(nak sikit boleh?hulur hulurlah sikit dekat saya ni,nak gak-ed)
Bisik
saya akan tonton movie atau tengok tv, paling tidak saya akan main ps3 dulu. kemudian tidur sekejap. kemudian bangun pula pada sekitar jam 3-4 pagi dan menulis hingga subuh. usai solat saya tidur semula. begitulah kitaran waktu menulis sy sepanjang proses pembikinan Bisik.
17)Jelaskan kenapa mereka yang belum baca bisik tu adalah golongan yang rugi
Mereka yang masih belum mendapatkan Bisik merupakan orang yang rugi kerana Bisik merupakan novel bergenre psychological-thriller di mana pada pendapat saya masih jarang dan terlalu sedikit penulis tempatan berani untuk mencuba menulisnya.
18)Kata kata terakhir?
saya harap saya diterima dalam dunia penulisan tempatan dan saya kalau boleh saya mahu terus menulis dan menghasilkan karya-karya yang memecah kempompong genre sedia ada tempatan. [=)]

interview bersama Hayley(paramore)

Xkerusi bersama Hayley Paramore
Untuk pembaca setia budaya pop(setia ke jah?)ini dia interview hebat bersama gadis jadi dari paramore.Takkan tak kenal kot si Hayley ni.Ni pun sebab aku dulu bekas pakwe dia tu sebab boleh dapat interview ni.Hehehe dah dah jom kita cekidaut

BP:Hai Hayley(auww speakinglah plak),how are u babe?
Hayley:Im fine,tenkiu

Tu dia hebat betul dia jawab soalan aku.Aku harap interview ini dapat memuaskan hati korang semua!

berborak kosong bersama mrs cookies street((part 1)

1)assalamualaikum dan salam 1cookies,buat mende tu?
wasalam. tengah potong bawang nk buat piza sambil layan soalan ko. ahhaaha

  • 2)cuba citer sikit tentang diri lu
    wa manusia biasa je der. hyperaktif, suke makan. tak suka masak. part time tembak gmbr. nerd. suka jahit2 toys. suka mnulis tp x suka baca ape yg ditulis. ske mbaca buku masak. hahaha
  • 3)kenapa nama kamu cookies street?
     knpe? sibuk la ko ni. haha tade la...dulo mase skola, ak slalu curi2 makan biskut, amoi aku, name nye yik ann, ckp ' babe, better i called u cookies after this coz ur face just like this (cookies) and u always ate it. hahah ak ade gastrik, sbb tu slalu kne mkn. kalo ak saket cmne? arwah abah ak yg pksa ak bwk roti, biskut. dan duit belanja pegi skola ak lebih dr adik bradik yg lain. hahaa tp ak xske mkn roti sgt. sbb roti putih sng buat perut sebu. dan makanan yg diproses pn tak ptot di mkn slalu sbb mkanan yg diproses cpt dihadam tp lmbt dicerna. maksud nye kita cpt rasa lapar tp mknn tu blom smpt dicerna sbb mknn yg dproses amek masa yg lama utk dcerna. sbb? kn da campur dgn mcm2 chemical. hahahahah
  • 4)suka baca zine ke?zine apa yang best bagi kamu?
    aku baca sekali lalu je...hahah sumer best. sebab lain orang lain tulisan dan pandangan nya tp mnulis jgn la guna emosi sgt. ak baca pon bengang... hahahah tak pyh la ko taw ak ske bace zine ape 
    5)apa yang menariknya tentang zine?
    Zine adalah media bahan bacaan yg tidak profesional atau helaian kertas photostate.. Maksud tak profesional tu da segi binding nye. Yela zine kn sempoi je. Simple je. Lagi pn kite buat ikot kreativiti cmne buat menda tu jd mnarik. Tentang segala nye nk diluah kn oleh penulis nye..
    6)Zine kamu apa nama?zine kamu tentang pe?
     My ladybugs chent♥ robot froggie. Pasal macam2 benda kt dunia ni..haha mostly psl mknn. Ala ko pn taw ak ske mkn. Siap kene sound ag sbb slalu upload psl mknn. Haha